BETA
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!
KorneaMata kering, ulserKantaUtikRetinaKencing manis, AMDSaraf optikGlaukoma

Jaga Mata Kitani.

Maklumat kesihatan mata dalam Bahasa Melayu Brunei dan English.

Cari klinik mata
Lagi di bawah
Fakta mata
Utik (katarak) atu punca buta paling utama di dunia, dan operasi utik antara operasi yang paling berjaya dalam perubatan.Glaukoma selalunya inda ada tanda sampai banyak penglihatan tepi sudah hilang. Kerosakan inda boleh dipulihkan, jadi periksa awal atu penting.Tuam suam dan cuci kelopak mata perlahan-lahan tiap hari selalunya lebih membantu mata kering daripada titis mata saja.Skrin inda merosakkan mata selama-lamanya, tapi kitani jarang berkelip bila menengok skrin, jadi mata jadi kering dan penat.Konjunktivitis pasal virus senang berjangkit melalui tangan dan tuala. Kebanyakannya baik sendiri dalam 1 hingga 2 minggu.Kurita (pterigium) dikaitkan dengan bertahun-tahun kena cahaya matahari. Cermin mata hitam dan topi membantu mencegah dan supaya inda tumbuh balik lepas bekikis.Jangan biarkan air paip kena kanta lekap. Air paip boleh membawa kuman yang menyebabkan jangkitan mata yang jarang tapi teruk banar.Mata merah dan sakit pada urang yang pakai kanta lekap atu kecemasan. Buka kanta dan jumpa doktor mata hari atu jua.Selalu menggosok mata dikaitkan dengan keratokonus, iaitu bila kornea jadi nipis dan membonjol macam kon.Darah tinggi boleh merosakkan saluran darah halus di belakang mata, selalunya tanpa apa-apa tanda.Samua urang yang ada kencing manis patut periksa mata sekurang-kurangnya sekali setahun, walaupun penglihatan nampak baik.Merokok atu faktor risiko degenerasi makula yang paling besar yang abiskita boleh ubah. Berhenti merokok pada umur berapa pun membantu.Kelopak mata yang tiba-tiba jatuh, dengan begimbar atau sakit kepala, perlu rawatan kecemasan.Begimbar yang tiba-tiba, dan hilang bila satu mata ditutup, boleh jadi tanda lumpuh saraf mata.Blefaritis selalunya jangka panjang. Tuam air suam dan bersihkan kelopak mata tiap-tiap hari supaya ia terkawal.Jangan picit pitutan. Tuam air suam beberapa kali sehari membantu kebanyakan pitutan baik sendiri.Bila umur meningkat, kelopak mata boleh terlipat ke dalam atau ke luar, sampai mata berair dan pedih. Operasi kecil selalunya boleh membetulkannya.Merokok membuat penyakit mata tiroid lebih mudah berlaku dan lebih teruk. Berhenti merokok antara perkara terbaik yang abiskita boleh buat.Dalam Bell's palsy, mata mungkin inda dapat tetutup dengan betul. Lindungi dengan ubat titis siang hari dan tampal masa tidur supaya inda rosak.Uveitis boleh nampak macam konjunktivitis, tapi ia membuat mata sakit, silau dan kabur. Perlu jumpa doktor mata dengan cepat.Kanak-kanak yang main di luar rumah lebih kurang 2 jam tiap-tiap hari kurang kemungkinan kena rabun jauh.Mata malas paling berkesan dirawat sebelum umur 7 hingga 8 tahun. Selalunya inda ada tanda, jadi periksa mata kanak-kanak atu penting.Budak inda akan baik sendiri dari juling yang sebenar. Rawatan awal membantu mencegah mata malas.Anak mata budak yang nampak putih dalam gambar flash boleh jadi tanda retinoblastoma. Bawa anak periksa mata dalam beberapa hari.Tiba-tiba nampak kilat cahaya, banyak "lalat terbang" baru atau macam langsir gelap menutup penglihatan boleh jadi retina tertanggal. Pergi ke Unit Kecemasan hari atu jua.Mata merah dan sakit teruk tiba-tiba, dengan sakit kepala, muntah dan nampak pelangi di keliling lampu, boleh jadi glaukoma akut, iaitu kecemasan.Mata makin sakit, makin merah dan makin kabur beberapa hari lepas operasi atau suntikan mata perlu diperiksa hari atu jua.Bahan kimia masuk mata? Terus bilas dengan air bersih yang mengalir sekurang-kurangnya 15 minit, lepas atu pergi ke Unit Kecemasan.

Apa yang abiskita mau tahu?

Semak Simptom

Inda pasti masalah mata abiskita urgent kah inda? Jawab 1 atau 2 soalan ringkas.

Semak Simptom

Inda pasti masalah mata abiskita urgent kah inda? Jawab 1 atau 2 soalan ringkas.

Semakan ani panduan ringkas saja. Ini bukan nasihat perubatan dan inda dapat mendiagnosis abiskita. Kalau abiskita risau, atau simptom makin teruk, jumpa doktor.

Semakan ani panduan ringkas saja. Ini bukan nasihat perubatan dan inda dapat mendiagnosis abiskita. Kalau abiskita risau, atau simptom makin teruk, jumpa doktor.