Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Blefaritis (Radang Kelopak Mata)

Tekan tajuk untuk buka atau tutup.

Apa kan Blefaritis ani?

Blefaritis (blepharitis) atu radang di tepi kelopak mata (eyelid margin), iaitu tempat bulu mata tumbuh [1][2]. Selalunya kena kedua-dua mata, dan biasanya datang dan pergi bertahun-tahun.

Ada dua jenis utama, dan ramai urang ada kedua-duanya [2][4]:

  • Blefaritis depan (anterior blepharitis), di pangkal bulu mata: ada kerak dan sisik di bulu mata. Ani dikaitkan dengan bakteria staph yang memang biasa ada di kulit, kulit bersisik macam kelemumur (seborrhoeic dermatitis), dan hama halus bernama Demodex.
  • Blefaritis belakang (posterior blepharitis), atau masalah kelenjar minyak (meibomian gland dysfunction, MGD): kelenjar minyak halus di tepi kelopak tesumbat atau mengeluarkan minyak yang pekat. Jadi air mata cepat kering.
Image to add

Lukisan dekat tepi kelopak mata yang merah dan bengkak, dengan kerak halus di pangkal bulu mata. Teks alt: "Lukisan kelopak mata dengan tepi yang merah dan bengkak serta kerak di bulu mata, iaitu blefaritis."

Tinggi kah risiko ku?

Blefaritis lebih biasa mun abiskita ada [1][2]:

  • mata kering
  • rosacea (muka merah dan bejarawat di pipi dan hidung)
  • seborrhoeic dermatitis atau kelemumur
  • pernah kena pitutan (stye atau chalazion) dulu

Cemana kan tau aku tedapat Blefaritis ani?

Tanda-tanda yang biasa [1][3]:

  • Mata pedih, rasa berpasir, panas atau gatal
  • Tepi kelopak mata merah dan bengkak
  • Ada kerak atau sisik di bulu mata, selalunya lagi teruk waktu pagi
  • Kelopak mata melekat bila bangun tidur
  • Mata berair, atau rasa kering
  • Penglihatan sikit kabur tapi jelas balik bila berkelip
  • Mun sudah lama, bulu mata boleh gugur atau tumbuh ke arah yang salah

Blefaritis juga boleh menyebabkan pitutan (stye dan chalazion, iaitu bengkak berbiji di kelopak mata).

Apa ubat nya tu?

Blefaritis selalunya dikawal, bukan disembuhkan. Jaga kebersihan kelopak mata tiap-tiap hari atu rawatan yang paling penting, dan paling berkesan mun dibuat tiap-tiap hari, walaupun mata rasa baik [1][4].

Jaga kebersihan kelopak mata (1 hingga 2 kali sehari):

  1. Tuam panas: letak kain bersih yang suam (bukan panas banar) atau topeng mata panas di atas mata yang tetutup selama 5 hingga 10 minit. Ani melembutkan kerak dan mencairkan minyak pekat dalam kelenjar.
  2. Urut perlahan: sambil mata tetutup, gulung hujung jari perlahan-lahan di tepi kelopak, ke arah bulu mata, supaya minyak dapat keluar.
  3. Bersihkan tepi kelopak: pakai putik kapas atau kain bersih yang dicelup dalam air masak yang sudah sejuk dengan beberapa titik syampu bayi, atau tisu khas kelopak mata (lid wipes) dari farmasi. Lap perlahan-lahan di pangkal bulu mata.

Rawatan lain yang mungkin membantu [1][4]:

  • Ubat titis pelembap mata (artificial tears) untuk mata kering dan rasa berpasir.
  • Ubat sapu antibiotik (antibiotic ointment) di tepi kelopak, dari doktor.
  • Untuk MGD yang teruk atau rosacea, doktor mungkin bagi pil antibiotik macam doxycycline atau azithromycin untuk beberapa minggu. (Doxycycline inda sesuai untuk urang mengandung atau kanak-kanak kecil.)
  • Merawat kelemumur atau rosacea juga boleh membantu kelopak mata.

Mungkin ambil masa beberapa minggu baru rasa lega. Mun berhenti jaga kebersihan kelopak, selalunya masalah atu datang balik.

Bila perlu dapatkan bantuan segera?

Blefaritis atu sendiri bukan kecemasan. Tapi ada tanda-tanda yang bukan blefaritis dan perlu diperiksa cepat.

Jumpa doktor mata hari atu jua mun mata abiskita merah dan sakit, silau bila kena cahaya, atau penglihatan kurang. Lepas waktu klinik, pergi ke Unit Kecemasan hospital.

Cemana kan jaga-jaga, dan di mana dapatkan bantuan?

  • Teruskan jaga kebersihan kelopak mata tiap-tiap hari, walaupun mata sudah rasa baik.
  • Jangan pakai mekap mata masa tengah teruk, lagi-lagi eyeliner di tepi kelopak. Buang samua mekap sebelum tidur.
  • Jangan gosok mata.
  • Mun abiskita pakai kanta lekap (contact lens), mungkin perlu kurangkan pakai masa tengah teruk.
  • Rawat mata kering, kelemumur dan rosacea mun ada.

Jumpa doktor mata mun masalah atu inda baik lepas beberapa minggu jaga kebersihan kelopak, atau mun abiskita selalu kena pitutan atau bengkak di kelopak mata.

Di mana kan dapatkan bantuan di Brunei?

Abiskita boleh terus datang ke mana-mana Klinik Mata Komuniti di pusat kesihatan. Inda payah surat rujukan.

Uji minda pantas

3 soalan senang pasal laman ani. Soalan bertukar tiap kali.

Rujukan

  1. NHS. Blepharitis. https://www.nhs.uk/conditions/blepharitis/
  2. American Academy of Ophthalmology. What Is Blepharitis? https://www.aao.org/eye-health/diseases/what-is-blepharitis
  3. National Eye Institute. Blepharitis. https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/eye-conditions-and-diseases/blepharitis
  4. Amescua G, Akpek EK, Farid M, et al. Blepharitis Preferred Practice Patternยฎ. American Academy of Ophthalmology. Ophthalmology. 2019;126(1):P56โ€“P93. https://doi.org/10.1016/j.ophtha.2018.10.019

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.