Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Bell's Palsy dan Mata

Tekan tajuk untuk buka atau tutup.

Apa kan Bell's Palsy ani?

Bell's palsy atu bila sebelah muka tiba-tiba lemah atau lundup. Ia berlaku bila saraf muka (facial nerve), yang menggerakkan otot-otot muka, jadi bengkak dan inda bekerja dengan betul [1]. Puncanya belum diketahui sepenuhnya, tapi mungkin ada kaitan dengan virus.

Selalunya ia datang dalam beberapa jam sampai 2 hari. Ani bukan strok, dan inda berjangkit.

Image to add

Lukisan muka yang sebelahnya lundup, mulut tetarik ke sebelah dan mata di sebelah atu inda tetutup habis. Teks alt: "Lukisan urang yang kena Bell's palsy, dengan mulut lundup di sebelah dan mata yang inda dapat tetutup habis."

Kenapa ia penting untuk mata?

Saraf yang sama atu jua yang menutup kelopak mata. Mun kelopak mata inda dapat tetutup dan abiskita kurang berkelip, bahagian depan mata (kornea) jadi kering. Ani boleh menyebabkan mata kering, dan pada setengah urang, kornea jadi pedih dan rosak, yang dipanggil exposure keratopathy. Mun inda dijaga, ia boleh jadi ulser dan merosakkan penglihatan untuk selama-lamanya [1][2].

Cemana kan tau aku tedapat Bell's Palsy ani?

Di sebelah muka, abiskita mungkin perasan [1]:

  • mulut atau kening lundup, atau susah senyum
  • dahi inda dapat dikerutkan
  • mata inda tetutup habis, atau mata berair atau rasa kering dan berpasir
  • air liur meleleh, atau makanan tesangkut di pipi
  • sakit di belakang telinga, rasa makanan berubah, atau bunyi kedengaran lebih kuat

Ani lebih biasa masa mengandung, pada urang yang ada kencing manis, atau lepas kena selsema atau flu [1][2].

Bila perlu dapatkan bantuan segera?

Strok pun boleh membuat muka lundup, jadi doktor mesti memeriksa abiskita dengan segera. Ingat FAST [4]:

  • Face (muka): sebelah muka lundup kah?
  • Arms (tangan): dapat kah angkat kedua-dua tangan dan tahan di atas?
  • Speech (cakap): cakapnya pelat atau inda tentu butir?
  • Time (masa): telefon 991 dengan segera mun ada apa-apa tanda ani.

Dalam Bell's palsy, sebelah muka habis lemah, termasuk dahi. Mun urang atu masih dapat mengerutkan dahi di sebelah yang lemah, ani lebih kepada strok [2].

Telefon 991 atau pergi ke Unit Kecemasan hospital dengan segera mun muka lundup dan ada tangan atau kaki lemah, cakap pelat, keliru, atau dahi inda terjejas. Mun abiskita sudah ada Bell's palsy dan mata jadi merah, sakit atau penglihatan jadi kabur, jumpa doktor mata hari atu jua.

Apa ubat nya tu?

Untuk muka [1][2][3]:

  • Ubat steroid (prednisolone) membantu saraf baik balik. Ia paling berkesan mun dimulakan dalam 72 jam (3 hari) dari mula lemah, jadi jumpa doktor awal-awal.
  • Ubat antivirus kadang-kadang ditambah dalam kes yang teruk.

Untuk mata (ani penting banar) [1][2]:

  • Siang hari: titis ubat pelembap mata (artificial tears) selalu, tiap-tiap sejam dua mun perlu.
  • Malam hari: bubuh salap mata (eye ointment), lepas atu tutup kelopak mata dengan plaster perubatan. Doktor atau jururawat boleh menunjukkan caranya. Pastikan plaster atu inda kena biji mata.
  • Di luar rumah: pakai cermin mata hitam atau cermin mata yang menutup sampai ke tepi, untuk melindungi dari angin dan habuk.
  • Tutup kelopak mata perlahan-lahan dengan jari yang bersih beberapa kali sehari.

Baik kah balik?

Kebanyakan urang baik sepenuhnya. Selalunya mula baik dalam beberapa minggu, dan untuk baik sepenuhnya boleh ambil masa beberapa bulan [1][3]. Mun mata masih inda dapat tetutup lepas lama, pakar mata boleh bagi rawatan lain, macam pemberat kecil di kelopak mata atas.

Cemana kan jaga mata, dan di mana dapatkan bantuan?

  • Teruskan pakai ubat titis, salap dan plaster sampai mata dapat tetutup habis balik.
  • Jangan gosok mata. Elakkan angin kipas dan aircond kena muka.
  • Jangan pakai kanta lekap (contact lens) di sebelah atu sampai doktor bilang selamat.
  • Datang ke temujanji susulan supaya muka dan mata abiskita dapat diperiksa.

Di mana kan dapatkan bantuan di Brunei?

Mun mata abiskita kering, pedih atau merah, abiskita boleh terus datang ke mana-mana Klinik Mata Komuniti di pusat kesihatan. Inda payah surat rujukan.

Mun muka tiba-tiba lundup, pergi ke Unit Kecemasan hospital dulu, untuk memastikan bukan strok. Telefon 991 mun ada jua tangan atau kaki lemah, atau cakap pelat.

Uji minda pantas

3 soalan senang pasal laman ani. Soalan bertukar tiap kali.

Rujukan

  1. NHS. Bell's palsy. https://www.nhs.uk/conditions/bells-palsy/
  2. Baugh RF, Basura GJ, Ishii LE, et al. Clinical Practice Guideline: Bell's Palsy. Otolaryngology–Head and Neck Surgery. 2013;149(3 Suppl):S1–S27. https://doi.org/10.1177/0194599813505967
  3. Sullivan FM, Swan IRC, Donnan PT, et al. Early treatment with prednisolone or acyclovir in Bell's palsy. New England Journal of Medicine. 2007;357(16):1598–1607. https://doi.org/10.1056/NEJMoa072006
  4. NHS. Stroke. https://www.nhs.uk/conditions/stroke/

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.