Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Mata Malas (Ambliopia)

Tekan tajuk untuk buka atau tutup.

Apa kan Mata Malas ani?

Mata malas (amblyopia atau lazy eye) atu bila penglihatan sebelah mata (kadang-kadang dua-dua) inda berkembang dengan biasa masa budak masih kecil [1][2].

Mata dan otak budak belajar menengok sama-sama dalam tahun-tahun pertama hidupnya. Mun sebelah mata menghantar gambar yang kabur atau lain, otak mula inda menghiraukan mata atu. Lama-kelamaan, mata atu inda belajar menengok dengan jelas, walaupun pakai cermin mata.

Mata atu sendiri selalunya sihat. Masalahnya dalam cara otak dan mata bekerja sama-sama.

Image to add

Lukisan ringkas budak pakai cermin mata dengan tampal di sebelah mata, main dengan buku bergambar. Teks alt: "Lukisan budak kecil pakai cermin mata dengan tampal mata di sebelah mata, membaca buku bergambar."

Apa punca nya tu?

  • Mata juling (strabismus): kedua-dua mata menghala ke arah lain, jadi otak inda menghiraukan mata yang juling.
  • Kuasa cermin mata yang inda sama: sebelah mata jauh lebih rabun dekat, rabun jauh atau ada lebih astigmatisme dari yang satu lagi. Mata yang lebih kabur atu inda dihiraukan.
  • Ada benda yang menghalang penglihatan: macam utik (katarak) (kanta mata keruh) atau kelopak mata jatuh (ptosis) yang menutup anak mata. Jenis ani perlu dirawat cepat.

Tinggi kah risiko anak ku?

Risiko anak abiskita lagi tinggi mun ia [1][3]:

  • ada mata juling
  • perlu cermin mata, lagi-lagi mun sebelah mata perlu kanta yang jauh lebih kuat
  • lahir awal (pramatang) atau berat lahir rendah
  • ada mak bapa, adik-beradik yang ada mata malas, juling atau cermin mata yang kuat masa kecil
  • ada kelopak mata jatuh atau utik
  • ada lambat perkembangan (developmental delay)

Cemana kan tau anak ku tedapat Mata Malas ani?

Selalunya inda ada tanda yang jelas. Budak yang ada sebelah mata lemah selalunya inda mengadu, pasal mata yang baik membuat samua kerja. Sebab atu periksa mata budak kecil penting banar [1][2].

Abiskita mungkin perasan anak abiskita:

  • ada mata yang juling ke dalam atau ke luar
  • sengetkan kepala atau kecilkan mata untuk menengok
  • selalu telanggar benda di sebelah pihak
  • marah atau menangis bila abiskita tutup sebelah mata, tapi inda bila tutup mata yang satu lagi

Mata malas selalunya dijumpai dengan ujian penglihatan, satu mata satu masa. Pasukan mata juga akan periksa sama ada anak abiskita perlu cermin mata, pakai ubat titis supaya keputusannya tepat, dan periksa mata atu sihat.

Apa ubat nya tu?

Lagi awal rawatan dimulakan, lagi bagus. Rawatan paling berkesan sebelum umur 7–8 tahun, masa penglihatan masih berkembang. Budak yang lebih besar masih boleh baik sikit, tapi inda sebanyak atu [1][2].

  1. Rawat punca nya dulu. Contohnya, buang utik atau angkat kelopak mata jatuh yang menghalang penglihatan.
  2. Cermin mata: selalunya langkah pertama. Pakai cermin mata yang betul sepanjang masa selama beberapa bulan boleh membaikkan mata malas dengan sendirinya.
  3. Tampal mata (patching): tampal dipakai di mata yang baik beberapa jam sehari, supaya otak terpaksa pakai mata yang malas. 2 hingga 6 jam sehari pun boleh berkesan [5].
  4. Ubat titis atropine: satu titis di mata yang baik membuatnya kabur sekejap, jadi mata yang malas terpaksa bekerja. Ubat titis ani lebih kurang sama berkesan dengan tampal mata untuk banyak budak, dan setengah keluarga rasa lebih senang [4].

Paling penting, teruskan rawatan. Rawatan hanya berkesan mun cermin mata dipakai dan tampal atau ubat titis dipakai macam yang disuruh, selalunya berbulan-bulan. Jadikan ia sebahagian rutin harian, pakai carta hadiah, dan buat aktiviti dekat (melukis, puzzle, membaca) masa pakai tampal.

Jangan tinggal temujanji. Mata malas boleh jadi balik lepas rawatan berhenti, jadi pasukan mata akan terus memeriksa.

Mata malas selalunya ada kaitan dengan mata juling. Baca lagi:

Cemana kan jaga-jaga, dan di mana dapatkan bantuan?

Mata malas inda selalunya boleh dicegah, tapi jumpa awal memberi peluang paling bagus untuk penglihatan yang baik [1][3]:

  • Pastikan anak abiskita periksa mata sebelum masuk sekolah, dan lebih awal mun ada sejarah keluarga atau abiskita risau.
  • Mun anak abiskita dibagi cermin mata, tolong ia pakai tiap-tiap hari.
  • Jangan tunggu anak "baik sendiri" dari mata yang juling.

Jumpa doktor mata cepat (dalam beberapa hari) mun abiskita perasan ada cahaya putih atau pelik dalam anak mata, contohnya dalam gambar yang diambil dengan flash, atau juling yang baru. Jarang, tapi ani boleh jadi tanda masalah mata yang serius. Mun mata anak abiskita cedera atau ia tiba-tiba inda nampak, pergi ke Unit Kecemasan hospital.

Di mana kan dapatkan bantuan di Brunei?

Abiskita boleh terus datang ke mana-mana Klinik Mata Komuniti di pusat kesihatan. Inda payah surat rujukan.

Uji minda pantas

3 soalan senang pasal laman ani. Soalan bertukar tiap kali.

Rujukan

  1. NHS. Lazy eye. https://www.nhs.uk/conditions/lazy-eye/
  2. National Eye Institute (NIH). Amblyopia (Lazy Eye). https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/eye-conditions-and-diseases/amblyopia-lazy-eye
  3. American Academy of Ophthalmology. What Is Amblyopia? https://www.aao.org/eye-health/diseases/amblyopia-lazy-eye
  4. Pediatric Eye Disease Investigator Group. A randomized trial of atropine vs patching for treatment of moderate amblyopia in children. Archives of Ophthalmology. 2002;120(3):268–278. https://doi.org/10.1001/archopht.120.3.268
  5. Holmes JM, et al.; Pediatric Eye Disease Investigator Group. A randomized trial of prescribed patching regimens for treatment of severe amblyopia in children. Ophthalmology. 2003;110(11):2075–2087. https://doi.org/10.1016/j.ophtha.2003.08.001

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.