Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Retinopati Darah Tinggi

Tekan tajuk untuk buka atau tutup.

Apa kan Retinopati Darah Tinggi ani?

Retina atu lapisan nipis di belakang mata yang menangkap cahaya. Ia dapat darah dari saluran darah yang halus banar. Darah tinggi (hypertension) yang lama boleh membuat saluran darah ani jadi sempit, keras dan bocor [1][3].

Doktor boleh menengok saluran darah ani terus bila memeriksa dalam mata. Jadi mata atu macam tingkap untuk menengok kesan darah tinggi pada badan [3].

Image to add

Lukisan belakang mata yang menunjukkan saluran darah yang sempit, pendarahan kecil dan tompok putih macam kapas di retina. Teks alt: "Lukisan retina dengan saluran darah yang sempit, pendarahan kecil dan tompok pucat, iaitu tanda-tanda retinopati darah tinggi."

Apa boleh terjadi tu?

  • Saluran darah retina tesumbat (retinal vein atau artery occlusion), yang boleh membuat satu mata tiba-tiba inda nampak [1][3]
  • Saraf mata (optic nerve) dan retina bengkak bila darah tinggi banar
  • Ani jua dikaitkan dengan risiko strok dan sakit jantung yang lagi tinggi [3][4]

Tinggi kah risiko ku?

Risiko abiskita lagi tinggi mun abiskita [1][2]:

  • ada darah tinggi, lagi-lagi mun inda terkawal atau sudah bertahun-tahun
  • inda makan ubat darah tinggi selalu
  • ada jua kencing manis, kolesterol tinggi atau sakit buah pinggang
  • merokok
  • berat badan berlebihan, banyak makan garam atau kurang bersenam

Cemana kan tau aku tedapat Retinopati Darah Tinggi ani?

Kebanyakan urang inda rasa apa-apa [1]. Biasanya ani dijumpai bila doktor atau optometris menengok belakang mata, kadang-kadang lepas titis ubat untuk membesarkan anak mata, atau dengan gambar retina.

Setengah urang baru perasan bila sudah ada komplikasi, macam penglihatan kabur atau satu mata tiba-tiba inda nampak.

Darah tinggi sendiri pun selalunya inda ada tanda-tanda, jadi satu-satunya cara kan tau atu periksa tekanan darah [2].

Bila perlu dapatkan bantuan segera?

Darah tinggi banar (malignant atau accelerated hypertension) boleh merosakkan mata, otak, jantung dan buah pinggang dalam beberapa jam atau hari saja. Ani perlu rawatan kecemasan [1][3].

Pergi ke Unit Kecemasan hospital dengan segera mun abiskita ada darah tinggi dan tiba-tiba sakit kepala teruk dengan penglihatan kabur, atau tiba-tiba inda nampak. Telefon 991 mun ada jua sakit dada, sesak nafas, keliru, atau muka, tangan atau kaki lemah atau kebas.

Apa ubat nya tu, dan cemana kan jaga mata?

Rawatan utama nya atu mengawal tekanan darah [1][2]. Pada kebanyakan urang, perubahan di retina inda lagi bertambah teruk, dan perubahan awal boleh baik balik.

  • Makan ubat darah tinggi tiap-tiap hari, walaupun rasa sihat.
  • Periksa tekanan darah selalu, di pusat kesihatan atau di rumah.
  • Kurangkan garam, banyakkan bergerak, jaga berat badan, dan berhenti merokok.
  • Kawal jua kencing manis dan kolesterol.
  • Komplikasi macam saluran darah retina tesumbat mungkin perlu rawatan tambahan dari pakar mata, macam suntikan mata atau laser.

Di mana kan dapatkan bantuan di Brunei?

Mun abiskita ada darah tinggi dan perasan penglihatan berubah, abiskita boleh terus datang ke mana-mana Klinik Mata Komuniti di pusat kesihatan. Inda payah surat rujukan.

Uji minda pantas

3 soalan senang pasal laman ani. Soalan bertukar tiap kali.

Rujukan

  1. American Academy of Ophthalmology. What Is Hypertensive Retinopathy? https://www.aao.org/eye-health/diseases/hypertensive-retinopathy
  2. NHS. High blood pressure (hypertension). https://www.nhs.uk/conditions/high-blood-pressure-hypertension/
  3. Wong TY, Mitchell P. Hypertensive retinopathy. New England Journal of Medicine. 2004;351(22):2310–2317. https://doi.org/10.1056/NEJMra032865
  4. Wong TY, Mitchell P. The eye in hypertension. The Lancet. 2007;369(9559):425–435. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(07)60198-6

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.