Klinik Mata Komuniti
Kan periksa mata? Inda payah surat rujukan. Datang saja ke mana-mana Klinik Mata Komuniti ani, dan abiskita akan diperiksa oleh doktor mata (pakar oftalmologi dan pasukannya).
Perjalanan rawatan mata abiskita
Macam ani biasanya perjalanan rawatan mata abiskita. Inda semua urang perlu melalui setiap langkah.
- Klinik Mata KomunitiDatang terus. Inda perlu surat rujukan.
- Pakar mata komunitiPakar mata memeriksa mata abiskita dan merawat kebanyakan masalah.
- Pusat Mata RIPASPenilaian pakar tertiari, rawatan atau dimasukkan ke wad.
- Unit KecemasanLepas waktu pejabat, hari Jumaat dan hari Ahad.
- Pakar mata on-callDoktor mata yang bertugas memeriksa masalah mata yang segera.
- Pusat Mata RIPASPenilaian pakar tertiari, rawatan atau dimasukkan ke wad.
Apa kan Klinik Mata Komuniti ani?
Klinik Mata Komuniti atu klinik mata walk-in di pusat-pusat kesihatan. Doktor mata datang terus ke pusat kesihatan dekat rumah kitani, jadi urang ramai senang dapat pemeriksaan mata peringkat pakar tanpa perlu menunggu surat rujukan.
Perkhidmatan macam ani unik di Negara Brunei Darussalam. Di kebanyakan negara lain, pesakit perlu jumpa doktor am dulu, minta surat rujukan, dan tunggu temujanji yang lama sebelum dapat jumpa pakar mata. Di Brunei, kitani boleh datang terus.
Siapa boleh datang?
- Siapa saja. Inda kira abiskita tinggal di mana. Abiskita boleh pergi ke mana-mana Klinik Mata Komuniti, walaupun bukan pusat kesihatan kawasan abiskita.
- Datang mun abiskita ada masalah mata, contohnya penglihatan kabur, mata merah, sakit mata, nampak benda terapung (floaters), atau risau pasal mata abiskita.
- Mun abiskita ada kencing manis, glaukoma dalam keluarga, atau umur abiskita lebih 40 tahun, tanya doktor bila patut abiskita periksa mata.
Hari dan masa
Waktu pejabat: 7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari, dan 1.30 petang hingga 4.30 petang.
Sila datang awal sebelum klinik tutup, supaya ada cukup masa untuk triage, ujian penglihatan dan pemeriksaan oleh doktor.
- Pusat Kesihatan Rimba: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu
- Pusat Kesihatan Berakas: Isnin, Selasa, Rabu, Sabtu
- Pusat Kesihatan Sengkurong: Selasa, Rabu, Sabtu
- Pusat Kesihatan Muara: Khamis
- Temburong (Hospital PIHM): Sabtu pertama dan Sabtu ketiga setiap bulan
Lepas waktu pejabat atau kecemasan?
- Lepas waktu pejabat, hari Jumaat dan Ahad: pergi ke Unit Kecemasan hospital.
- Apa-apa kecemasan: pergi terus ke Unit Kecemasan hospital yang paling dekat. Untuk kecemasan perubatan lain, telefon 991 atau pergi ke Unit Kecemasan.
Apa patut dibawa?
- Kad pengenalan abiskita
- Cermin mata atau kanta sentuh yang abiskita pakai
- Samua ubat titis mata dan senarai ubat yang abiskita makan
- Mun mata abiskita akan dititis ubat pembesar anak mata, penglihatan boleh kabur beberapa jam. Jangan memandu sendiri balik: bawa urang yang boleh menghantar abiskita.
Maklumat ani betul pada 6 Oktober 2026. Hari dan masa boleh berubah, terutama masa cuti umum.