Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Retinoblastoma (Kanser Mata Kanak-Kanak)

Tekan tajuk untuk buka atau tutup.

Apa kan Retinoblastoma ani?

Retinoblastoma atu kanser di retina, iaitu lapisan di belakang mata yang menerima cahaya [1][2]. Ia bermula bila sel di retina yang masih berkembang membiak inda terkawal, pasal perubahan pada gen yang dipanggil RB1.

  • Ia jarang, tapi ia kanser mata yang paling biasa pada kanak-kanak.
  • Kebanyakan budak didiagnos sebelum umur 5 tahun, dan banyak sebelum umur 2 tahun.
  • Ia boleh kena sebelah mata atau dua-dua mata.

Berita baiknya: dengan diagnosis awal dan rawatan moden, hampir samua budak selamat, dan banyak yang masih boleh menengok dengan baik [1][3].

Image to add

Dua lukisan muka budak dalam gambar flash, sebelah-menyebelah: satu dengan anak mata merah yang biasa di kedua-dua mata, satu lagi dengan cahaya putih di sebelah anak mata. Teks alt: "Lukisan yang membandingkan pantulan merah yang biasa di kedua-dua mata dengan pantulan putih di sebelah anak mata, tanda amaran retinoblastoma."

Tinggi kah risiko anak ku?

Kebanyakan budak yang kena retinoblastoma inda ada sejarah keluarga, dan ia bukan salah mak bapa.

Lebih kurang 1 dari 3 budak ada jenis yang diwarisi (heritable) [3]. Ani lebih mungkin mun:

  • dua-dua mata kena
  • mak bapa atau adik-beradik pernah kena retinoblastoma

Mun retinoblastoma ada dalam keluarga abiskita:

  • Bayi dan budak kecil dalam keluarga (adik-beradik, dan anak-anak urang yang pernah kena) perlu periksa mata selalu dari lahir.
  • Ujian genetik boleh menunjukkan siapa yang membawa perubahan gen atu, supaya pemeriksaan boleh difokuskan pada budak yang perlu [3].
  • Bagitau doktor pasal sejarah keluarga masa mengandung, atau secepat mungkin lepas baby lahir.

Cemana kan tau anak ku tedapat Retinoblastoma ani?

Tanda-tanda yang perlu diperhatikan [1][2]:

  • Anak mata putih (leukocoria): bahagian hitam di tengah mata nampak putih atau pucat, atau bercahaya putih dalam gambar flash, bukannya merah atau hitam. Ani tanda paling biasa.
  • Juling yang baru: mata yang menghala ke dalam atau ke luar.
  • Mata merah, sakit atau bengkak tanpa sebab yang jelas.
  • Penglihatan lemah: anak abiskita mungkin telanggar benda atau inda mengikut benda dengan mata.
  • Warna iris (bahagian mata yang berwarna) berubah di sebelah mata.

Banyak tanda ani ada punca lain yang inda serius. Tapi ia mesti diperiksa oleh doktor mata.

Di klinik, doktor akan titis ubat untuk membesarkan anak mata dan menengok bahagian belakang mata. Mun disyaki retinoblastoma, anak abiskita akan dirujuk ke pasukan pakar, dan mungkin perlu ultrasound atau imbasan MRI dan pemeriksaan masa dibius.

Bila perlu dapatkan bantuan segera?

Kebanyakan cahaya putih dalam gambar rupanya bukan apa-apa yang serius. Tapi pasal rawatan awal membawa beza yang besar banar, jangan "tunggu dan tengok" dulu.

Mun abiskita perasan ada cahaya putih atau pelik dalam anak mata anak abiskita (depan mata atau dalam gambar flash), atau juling yang baru, jumpa doktor mata dalam beberapa hari. Bawa gambar-gambar atu sekali. Mun mata anak abiskita merah banar, sakit atau bengkak, pergi ke Unit Kecemasan hospital.

Apa ubat nya tu?

Retinoblastoma dirawat oleh pusat pakar kanser mata, dan rancangan rawatan bergantung pada saiz ketumbuhan dan sama ada sebelah atau dua-dua mata kena [1][2][3]. Tujuannya selamatkan nyawa dulu, lepas atu selamatkan mata dan penglihatan sebanyak mungkin.

Rawatan termasuk:

  • Kemoterapi (chemotherapy): ubat untuk mengecilkan kanser. Ia boleh diberi melalui urat, melalui saluran darah yang ke mata, atau sebagai suntikan ke dalam mata.
  • Laser atau rawatan membekukan (cryotherapy) untuk ketumbuhan yang kecil.
  • Radioterapi, kadang-kadang dengan plat kecil yang beradioaktif diletak di mata.
  • Buang mata (enucleation): kadang-kadang ani pilihan paling selamat, lagi-lagi untuk ketumbuhan yang besar. Budak-budak menyesuaikan diri dengan baik banar, dan mata palsu (artificial eye) nampak semula jadi.

Lepas rawatan, anak abiskita perlu periksa selalu selama beberapa tahun. Budak yang ada jenis yang diwarisi ada risiko lebih tinggi untuk setengah kanser lain bila besar nanti, jadi ia akan diperiksa untuk jangka panjang [3].

Diagnosis awal penting banar: retinoblastoma boleh banar diubati mun dijumpai masa ia masih di dalam mata [4].

Di mana kan dapatkan bantuan di Brunei?

Mun abiskita risau pasal mata anak abiskita, abiskita boleh terus datang ke mana-mana Klinik Mata Komuniti di pusat kesihatan. Inda payah surat rujukan. Bagitau staf pasal cahaya putih dalam anak mata atu, supaya anak abiskita dapat diperiksa cepat.

Uji minda pantas

3 soalan senang pasal laman ani. Soalan bertukar tiap kali.

Rujukan

  1. NHS. Retinoblastoma. https://www.nhs.uk/conditions/retinoblastoma/
  2. American Academy of Ophthalmology. What Is Retinoblastoma? https://www.aao.org/eye-health/diseases/what-is-retinoblastoma
  3. Dimaras H, Corson TW, Cobrinik D, et al. Retinoblastoma. Nature Reviews Disease Primers. 2015;1:15021. https://doi.org/10.1038/nrdp.2015.21
  4. Global Retinoblastoma Study Group. Global retinoblastoma presentation and analysis by national income level. JAMA Oncology. 2020;6(5):685–695. https://doi.org/10.1001/jamaoncol.2019.6716

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.