Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Penyakit Mata

Penyakit mata disusun ikut bahagian mata yang terkena. Tekan nombor di gambar mata, atau tatal ke bawah untuk memilih topik. Kami akan tambah lagi topik dalam setiap kumpulan dari masa ke masa.

Gambar rajah mata dari tepi, dengan bahagian bernombor 12345678
  1. 1Utik (Katarak)Kanta mata
  2. 2GlaukomaSaraf mata dan tekanan mata
  3. 3KorneaCermin depan mata
  4. 4RetinaBelakang mata
  5. 5Neuro-oftalmologiSaraf dan otak
  6. 6Okuloplastik dan Penyakit OrbitKelopak mata, saluran air mata dan soket mata
  7. 7UveitisLapisan tengah dan iris
  8. 8Pediatrik (Kanak-Kanak)Otot mata dan mata kanak-kanak

Penglihatan hilang tiba-tiba, mata merah dan sakit teruk, atau mata cedera? Ani kecemasan. Pergi ke Unit Kecemasan hospital sekarang.

Utik (Katarak)

Kanta mata (lens) ada di belakang bahagian mata yang berwarna, dan ia memfokuskan cahaya. Mun kanta ani jadi keruh, itulah utik.

Glaukoma

Saraf mata (optic nerve) membawa gambar dari mata ke otak. Glaukoma merosakkan saraf ani, selalunya pasal tekanan dalam mata terlalu tinggi.

Kornea

Kornea atu "cermin" jernih di depan mata, dan konjunktiva atu lapisan nipis jernih yang menutup bahagian putih mata. Kedua-duanya mesti sihat supaya kitani nampak terang.

Retina

Retina atu lapisan nipis di belakang mata yang menangkap cahaya, macam filem dalam kamera.

Neuro-oftalmologi

Masalah pada saraf dan laluan otak yang mengawal penglihatan, pergerakan mata, anak mata dan kelopak mata.

Okuloplastik dan Penyakit Orbit

Kelopak mata, saluran air mata dan soket mata (orbit) melindungi mata dan memastikan mata inda kering.

Uveitis

Uvea atu lapisan tengah mata, termasuk iris yang berwarna. Uveitis atu radang (bengkak) pada lapisan ani.

Pediatrik (Kanak-Kanak)

Mata kanak-kanak masih membesar. Masalah yang dikesan awal, sebelum umur lebih kurang 7 tahun, lebih senang dirawat.

Kecederaan Mata

Mata boleh cedera kena hentak, benda tajam atau bahan kimia. Semua kecederaan mata perlu diperiksa di Unit Kecemasan.

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.