Pasal Kami
MataKitani: Kesihatan Mata untuk Setiap Generasi.
MataKitani atu laman web percuma yang menerangkan penyakit dan kesihatan dalam bahasa yang senang, dalam Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Inggeris. Ditulis oleh doktor-doktor di Brunei, untuk urang Brunei.
Visi dan misi kami
Visi kami
Memperkasakan setiap individu di Negara Brunei Darussalam dengan maklumat kesihatan yang senang dicapai, tepat, dan sesuai dengan budaya kitani, untuk negara yang lebih sihat dan lebih berpengetahuan.
Misi kami
MataKitani komited untuk meningkatkan literasi kesihatan di seluruh Brunei dengan menyediakan maklumat kesihatan yang sesuai dengan budaya, berasaskan bukti, dan mesra pengguna. Melalui platform digital, aktiviti bersama masyarakat, dan kerjasama dengan pengamal kesihatan, kami berharap dapat menggalakkan pilihan kesihatan yang bijak, pencegahan penyakit, dan kesejahteraan masyarakat.
Kenapa kami bermula?
Literasi kesihatan atu kebolehan mencari, memahami dan menggunakan maklumat kesihatan. Di Brunei, ramai urang lagi selesa membaca dalam Bahasa Melayu, tapi kebanyakan maklumat kesihatan yang boleh dipercayai di internet dalam Bahasa Inggeris, ditulis untuk negara lain, dan penuh dengan istilah perubatan.
Di Persidangan Kesihatan Awam Digital ASEAN Ke-2 pada tahun 2022, Menteri Kesihatan ada menyebut bahawa literasi kesihatan di negara kitani masih agak rendah, dan diharap pendigitalan maklumat kesihatan awam dapat "mendorong" orang ramai menjaga kesihatan dengan lebih baik.
Satu kajian tempatan di Hospital RIPAS mendapati 69.5% pesakit kencing manis inda cukup pengetahuan pasal penyakit mereka. MataKitani kan membantu merapatkan jurang ani, bermula dengan mata.
Apa ada di sini?
- Penerangan yang jelas pasal penyakit mata, disusun ikut bahagian mata, termasuk kecemasan mata
- Dua bahasa, ditulis macam cara kitani bercakap hari-hari
- Konteks tempatan: kajian Brunei, perkhidmatan di Brunei, dan cara hidup kitani (termasuk puasa bulan Ramadan)
- Laman yang boleh dicetak atau ditunjukkan masa jumpa doktor
- Rujukan di hujung setiap laman
Untuk siapa?
Samua urang di Brunei, terutama urang dewasa yang lebih selesa berbahasa Melayu, warga emas, belia dan pelajar, penjaga, dan keluarga di kampung-kampung.