Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Degenerasi Makula (AMD)

Tekan tajuk untuk buka atau tutup.

Apa kan Degenerasi Makula ani?

Makula (macula) atu kawasan kecil di tengah-tengah retina, iaitu lapisan di belakang mata yang menangkap cahaya. Makula memberi penglihatan tengah yang tajam dan jelas untuk membaca, memandu dan menengok muka urang.

Dalam degenerasi makula berkaitan umur (age-related macular degeneration, AMD), makula perlahan-lahan rosak bila umur meningkat [1][2]. Penglihatan tepi (peripheral) inda terjejas, jadi AMD inda membuat buta sepenuhnya.

Image to add

Pemandangan jalan macam yang dinampak urang yang ada AMD, dengan tompok gelap dan kabur di tengah dan tepi yang jelas. Teks alt: "Gambar jalan yang bahagian tengahnya kabur dan gelap tapi tepinya jelas, menunjukkan cemana AMD menjejaskan penglihatan tengah."

Ada dua jenis utama [1][2][3]:

  • AMD kering (dry AMD): jenis paling biasa. Ia jadi teruk perlahan-lahan, bertahun-tahun. Ada endapan kuning (drusen) di bawah retina, dan makula perlahan-lahan jadi nipis.
  • AMD basah (wet AMD): kurang biasa tapi lagi bahaya. Salur darah yang inda normal tumbuh di bawah makula dan membocorkan air atau darah. Penglihatan boleh jadi teruk dalam beberapa hari atau minggu. AMD kering boleh bertukar jadi AMD basah.

Tinggi kah risiko ku?

Risiko abiskita lagi tinggi mun abiskita [1][2][3]:

  • lebih 50 tahun, dan risiko makin naik dengan umur
  • merokok. Merokok boleh menaikkan risiko dua kali ganda atau lebih, dan inda pernah terlambat untuk berhenti.
  • ada ahli keluarga yang kena AMD
  • ada darah tinggi, sakit jantung atau berat badan berlebihan
  • kurang makan sayur hijau dan buah-buahan

Cemana kan tau aku tedapat Degenerasi Makula ani?

AMD peringkat awal selalunya inda ada tanda. Lepas atu abiskita mungkin perasan [1][2]:

  • Ada kabur atau tompok gelap di tengah penglihatan
  • Garisan lurus nampak bengkang-bengkok, macam bingkai pintu atau jubin
  • Susah membaca, atau perlu lampu yang lagi terang
  • Susah mengecam muka urang
  • Warna nampak kurang terang

Periksa tiap-tiap mata di rumah dengan carta Amsler (Amsler grid). Ani petak garisan lurus dengan titik di tengah. Tutup satu mata dan tengok titik atu. Mun garisan nampak bengkang-bengkok, putus atau hilang, dan ani baru berlaku, jumpa doktor mata [2][3].

Di klinik, doktor mata akan memeriksa belakang mata abiskita, dan mungkin buat imbasan OCT, iaitu imbasan lapisan retina yang cepat dan inda sakit.

Bila perlu dapatkan bantuan segera?

AMD basah perlu dirawat cepat. Tiap-tiap minggu yang dilambatkan boleh membuat lagi banyak penglihatan hilang untuk selama-lamanya [1].

Mun abiskita tiba-tiba perasan penglihatan tengah kabur, garisan lurus nampak bengkang-bengkok, atau ada tompok gelap di tengah penglihatan, jumpa doktor mata dalam beberapa hari, hari atu jua mun boleh. Mun abiskita tiba-tiba hilang penglihatan, pergi ke Unit Kecemasan hospital.

Apa ubat nya tu?

AMD basah [1][2][3]:

  • Suntikan anti-VEGF ke dalam mata menghentikan salur darah yang bocor atu. Mata dibius dulu dengan ubat titis kebas, jadi selalunya inda sakit.
  • Kebanyakan urang perlu suntikan selalu, selalunya tiap-tiap 1 hingga 3 bulan, untuk masa yang lama. Jangan miss temujanji, pasal ani boleh membuat penglihatan hilang.
  • Rawatan paling berkesan mun dimulakan awal. Selalunya ia mengekalkan penglihatan, dan kadang-kadang membaikkan.

AMD kering [2][3][4]:

  • Belum ada ubat yang menyembuhkan. Kebanyakan urang masih boleh nampak dengan baik bertahun-tahun.
  • Untuk AMD peringkat pertengahan atau teruk, vitamin khas (AREDS2: vitamin C dan E, zink, kuprum, lutein dan zeaxanthin) boleh mengurangkan risiko ia jadi lagi teruk [4]. Tanya doktor mata abiskita mun sesuai. Ia inda membantu AMD peringkat awal, dan inda mencegah AMD.

Untuk samua urang yang ada AMD:

  • Berhenti merokok. Ani perkara paling penting yang abiskita boleh buat.
  • Makan banyak sayur hijau, buah-buahan dan ikan.
  • Periksa carta Amsler selalu.
  • Bantuan penglihatan rendah (low vision): kanta pembesar, lampu yang lagi terang, tulisan besar dan tetapan khas di telefon boleh membantu abiskita terus membaca dan berdikari [1].

Di mana kan dapatkan bantuan di Brunei?

Mun abiskita lebih 50 tahun dan perasan perubahan pada penglihatan tengah, abiskita boleh terus datang ke mana-mana Klinik Mata Komuniti di pusat kesihatan. Inda payah surat rujukan.

Uji minda pantas

3 soalan senang pasal laman ani. Soalan bertukar tiap kali.

Rujukan

  1. NHS. Age-related macular degeneration (AMD). https://www.nhs.uk/conditions/age-related-macular-degeneration-amd/
  2. American Academy of Ophthalmology. What Is Macular Degeneration? https://www.aao.org/eye-health/diseases/amd-macular-degeneration
  3. National Eye Institute. Age-Related Macular Degeneration (AMD). https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/eye-conditions-and-diseases/age-related-macular-degeneration
  4. Age-Related Eye Disease Study 2 Research Group. Lutein + zeaxanthin and omega-3 fatty acids for age-related macular degeneration: the Age-Related Eye Disease Study 2 (AREDS2) randomized clinical trial. JAMA. 2013;309(19):2005–2015. https://doi.org/10.1001/jama.2013.4997

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.