Fakta mata hari ani
BMEN
Muzik: "Calm Ambient" oleh Velariomusic. Terima kasih!

Kecederaan Mata (Ocular Trauma)

Tekan tajuk untuk buka atau tutup.

Bila perlu dapatkan bantuan segera?

Pergi ke Unit Kecemasan hospital sekarang untuk apa-apa kecederaan mata yang ada sakit, penglihatan kabur atau hilang, berdarah, luka di mata atau kelopak mata, benda tecucuk di mata, atau bahan kimia masuk mata. Untuk bahan kimia, bilas dulu (tengok di bawah), baru pergi.

Bahan kimia masuk mata: bantuan cemas

Tiap-tiap saat penting. Bahan alkali macam simen, kapur, pencuci oven atau longkang dan peluntur (bleach) boleh lagi merosakkan daripada asid [1][2].

  1. Bilas

    Terus buka mata dan curah air bersih yang mengalir (air paip atau pancuran mandi pun boleh) ke atasnya, dari bahagian hidung ke arah luar.

  2. Teruskan

    Bilas sekurang-kurangnya 15 minit. Buka kanta lekap mun senang dikeluarkan, tapi jangan berhenti membilas semata-mata untuk atu.

  3. Pergi

    Pergi ke Unit Kecemasan dengan segera. Bawa bekas bahan kimia atu atau namanya sekali.

Pergi terus ke Unit Kecemasan jua mun, lepas apa-apa kecederaan, abiskita ada:

  • hilang penglihatan atau kabur yang inda jelas balik
  • darah merah gelap bertakung di bahagian hitam (berwarna) mata
  • mata nampak lain bentuknya, atau anak mata bentuknya pelik
  • begimbar (nampak dua), atau mata inda dapat bergerak macam biasa
  • luka dalam di kelopak mata, atau kecederaan dari benda yang laju banar macam serpihan besi masa mengetuk, atau mercun

Jenis-jenis kecederaan mata

  • Kecederaan hentakan (blunt injury): kena tumbuk, bola, siku, jatuh, atau beg udara kereta. Ani boleh menyebabkan berdarah di dalam mata, tulang soket mata patah, retina rosak, atau tekanan mata naik [1][3].
  • Kecederaan tajam (penetrating injury): kaca, besi, pisau, kayu, mata kail atau pensel. Ani boleh menembusi mata dan perlu operasi kecemasan.
  • Kecederaan bahan kimia: bahan pencuci, peluntur, simen, kapur, baja atau asid bateri kereta terpercik masuk mata.
  • Benda masuk mata (foreign body): habuk, pasir, serangga atau serpihan besi kecil, lagi-lagi masa mengasah (grinding) atau menggerudi.
  • Kornea tegores (corneal abrasion): kena kuku, dahan, kertas atau berus solek. Sakit banar, tapi selalunya baik dalam beberapa hari dengan rawatan.
  • Terbakar pasal cahaya: menengok kimpalan (welding) tanpa topeng, atau menengok matahari (termasuk masa gerhana).

Bantuan cemas: apa patut dibuat, apa inda patut

Buat [1][2]:

  • Bilas dengan banyak air bersih untuk bahan kimia atau habuk.
  • Untuk kecederaan tajam, tutup mata perlahan-lahan dengan cawan kertas atau pelindung keras tanpa menekan, dan pergi ke Unit Kecemasan.
  • Untuk kecederaan hentakan, tuam sejuk (ais dibungkus dengan kain) boleh mengurangkan bengkak. Jangan tekan kuat ke mata.
  • Cuba jangan makan atau minum sebelum jumpa doktor mun mata atu mungkin perlu operasi.

Jangan:

  • gosok mata
  • cuba cabut benda yang tecucuk di mata
  • tekan mata yang mungkin luka
  • titis minyak, ubat tradisional, susu ibu atau ubat titis lama ke dalam mata
  • cuba meneutralkan bahan kimia dengan bahan kimia lain (pakai air saja)

Apa ubat nya tu?

Rawatan bergantung pada jenis kecederaan [1][2]:

  1. Membilas mata sampai bersih, dan memeriksa pH (tahap asid) untuk kecederaan bahan kimia.
  2. Mengeluarkan serpihan kecil dari permukaan mata.
  3. Ubat titis: antibiotik untuk mencegah jangkitan, ubat untuk mengurangkan sakit dan radang, dan ubat untuk menurunkan tekanan mata mun perlu.
  4. Operasi: untuk menjahit luka atau lubang di mata, mengeluarkan benda dari dalam mata, membaiki kelopak mata, atau membetulkan tulang soket mata yang patah atau retina tertanggal.
  5. Suntikan tetanus mun perlu, dan datang periksa lagi.

Setengah kecederaan mata, walaupun nampak kecil, boleh menyebabkan masalah beberapa minggu atau tahun kemudian, macam glaukoma atau retina tertanggal. Jangan tinggal temujanji periksa.

Cemana kan jaga-jaga, dan di mana dapatkan bantuan?

  • Pakai cermin mata keselamatan masa buat kerja rumah (DIY), mengasah, menggerudi, memotong rumput dan berkebun.
  • Pakai topeng kimpalan yang betul masa mengimpal.
  • Pakai pelindung mata untuk sukan macam badminton, skuasy dan bola sepak.
  • Mercun: jauhkan kanak-kanak, dan jangan sekali-kali menjenguk atau menyalakan balik mercun yang inda meletup [4].
  • Simpan bahan kimia dalam bekas asalnya, jauh dari capaian kanak-kanak, dan pakai sarung tangan dan gogal masa pakai bahan pencuci yang kuat.
  • Sentiasa pakai tali pinggang keledar dalam kereta.

Di mana kan dapatkan bantuan di Brunei?

Untuk kecederaan mata yang serius, pergi ke Unit Kecemasan hospital. Telefon 991 mun ada jua kecederaan lain yang serius, macam kepala cedera. Untuk tegores kecil atau benda masuk mata yang sudah dibilas tapi masih rasa inda selesa, abiskita boleh terus datang ke Klinik Mata Komuniti masa waktu klinik.

Uji minda pantas

3 soalan senang pasal laman ani. Soalan bertukar tiap kali.

Rujukan

  1. American Academy of Ophthalmology. Recognizing and Treating Eye Injuries. https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/injuries
  2. NHS. Eye injuries. https://www.nhs.uk/conditions/eye-injuries/
  3. Kuhn F, Morris R, Witherspoon CD, Mester V. The Birmingham Eye Trauma Terminology system (BETT). Journal Français d'Ophtalmologie. 2004;27(2):206–210. https://doi.org/10.1016/S0181-5512(04)96122-0
  4. American Academy of Ophthalmology. Fireworks Eye Safety. https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/fireworks

Maklumat di laman ani untuk pendidikan am saja, dan inda menggantikan nasihat doktor abiskita sendiri.